Majlis Persaraan Kak Ann

Berposing sakan sebelum menikmati juadah.

Berbuka puasa

Majlis berbuka puasa yang diadakan pada 26 Julai 2012.

Aidilfitri

Keriangan menyambut Syawal.

forever friends

One our good friend.

Juadah

Menikmati limpahan rezeki kurniaan Allah.

JCSB Futsal 2010

The event that bonding among staff.

Sporting Spirit

Good sporting spirit - healthy lifestyle.

Potret

Di bawah lampu neon.

Karnival Futsal

Bergambar kenangan sebelum satu perlawanan penting.

http://i761.photobucket.com/albums/xx257/materazi/futsal2011.jpg

Tuesday, October 8, 2013

Mat Rozi Muhamad's invitation is awaiting your response

 
 
 
 
 
Mat Rozi Muhamad would like to connect on LinkedIn. How would you like to respond?
 
 
 
 
Mat Rozi Muhamad
Hub and VSAT Operation Manager at Binasat Sdn Bhd
 
 
 
 
You are receiving Reminder emails for pending invitations. Unsubscribe.
© 2013 LinkedIn Corporation. 2029 Stierlin Ct, Mountain View, CA 94043, USA.
 
 

Tuesday, October 1, 2013

Mat Rozi Muhamad's invitation is awaiting your response

 
 
 
 
 
Mat Rozi Muhamad would like to connect on LinkedIn. How would you like to respond?
 
 
 
 
Mat Rozi Muhamad
Hub and VSAT Operation Manager at Binasat Sdn Bhd
 
 
 
 
You are receiving Reminder emails for pending invitations. Unsubscribe.
© 2013 LinkedIn Corporation. 2029 Stierlin Ct, Mountain View, CA 94043, USA.
 
 

Wednesday, September 25, 2013

Invitation to connect on LinkedIn

 
LinkedIn
 
 
 
Mat Rozi Muhamad
 
From Mat Rozi Muhamad
 
Technical Manager at IllumiNET Sdn Bhd
Selangor, Malaysia
 
 
 
 
 
 
 

Blog,

I'd like to add you to my professional network on LinkedIn.

- Mat Rozi

 
 
 
 
 
 
 
You are receiving Invitation to Connect emails. Unsubscribe
© 2012, LinkedIn Corporation. 2029 Stierlin Ct. Mountain View, CA 94043, USA
 

Friday, September 13, 2013

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA...MOGA BERMANFAAT MENJADI PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA...

Thursday, July 18, 2013

LINE Chat- aplikasi chat terbaru dari Jepun

Saingan terbaru WeChat dan juga Whatsapp. Dengan LINE, dikhabarkan chat berkumpulan boleh mengandungi sehingga 100 orang berbanding Whatsapp dan BBM yang hanya menghadkan kepada 30 pengguna sahaja.

Jom cuba

Sunday, June 30, 2013

Limpahan penonton di Stadium Bukit Jalil

Sekali lagi nampaknya limpahan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ramai yang terpaksa menonton dari celahan pagar.

Bezanya tiada penonton yang memasuki padang seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur yang melibatkan pasukan Pahang menentang JDT.

Dikhabarkan penonton melebihi seratus ribu orang.Diharapkan pihak FAM menyiasat perlara sebegini sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Friday, June 28, 2013

Perlawanan penuh debar

Saksikan perlawanan sengit antara Kelantan dan Johor DT di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini, 29 Jun 2013.

Saturday, June 22, 2013

Parents banned from sports day ‘in case children get stressed’

Parents banned from sports day 'in case children get stressed'

By Hayley Dixon5:20PM BST 21 Jun 2013

Parents have been banned from a school's sports day because teachers claim children get too stressed when performing in front of large crowd.

Some mothers have now threatened a boycott, claiming they will keep their children at home and organise a rival event themselves.

Anger has been fuelled by the fact that staff at the Kenningtons Primary Academy in Aveley, Essex, claim that performing in public would put too much pressure on the child - yet they have invited parents from another school to attend a separate sports event the following day.

Read more athttp://www.telegraph.co.uk/education/educationnews/10135434/Parents-banned-from-sports-day-in-case-children-get-stressed.html

Friday, May 31, 2013

FA Cup Semi Final ke dua 2013

Dapatkan tiket perlawanan antara Pahang dan Johor DT di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini.

Perlawanan akan berlangsung jam 4:15 petang pada Sabtu 1 Jun 2013.

Sokong biar bijak.

Saturday, March 2, 2013

Mini Stadium Shah Alam

Menghantar anak untuk latihan bersama akademi PNSB Shah Alam.

Cuaca amat panas pada hari ini. Namun begitu sempat bermain bola di padang kecil.

Friday, March 1, 2013

Bright blue sky over Cyberjaya

Nice weather over Cyberjaya. And it is good for those installing VSAT terminal for 1Bestari project.

Happy working.

Wednesday, February 27, 2013

Hentian R'n'R SKVE Saujana Putra

Alam yang mendamaikan sanubari setiap yang memandangnya.

Keindahan yang tak mampu manusia jelmakan melainkan Yang Maha Berkuasa.

Sunday, February 17, 2013

Menjelang perlawanan Kelantan dan Selangor

Suasana sebelum perlawanan yang berkesudahan Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 2 gol tanpa balas.

Perlawanan yang agak menarik tanpa sebarang kekecohan berlaku.

Thursday, February 14, 2013

Bala meninggalkan solat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan sosial anda. Sharing is Caring

Tuesday, January 15, 2013

Perlawanan persahabatan menentang team PUSPAKOM

Tarikh: 19 Jan 2013 (Sabtu)
Masa: 5:00 PM
Tempat: Stadium Panasonic, Shah Alam

Sila rujuk peta untuk ke sana.




Friday, January 11, 2013

Hujan lebat di Seri Petaling

Hujan turun dengan lebatnya pasa 11 Jan 2013 sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling.

Air yang turun ibarat rahmat kepada sekalian makhluk Allah di muka bumi ini.

Syukur atas limpah kurniaNya.